hye people. lame dah aku xupdate blog ni kan. im busy n im lazy. muahaahahaha. arini aku nak update sebab nak cite pasal final exam yg tggl beberapa hari saja lg. ok first paper aku start on 2nd january 2013 which is next year. hahahaha. kelakar plak. ni sume ayat lecturer PCP aku. dy ckp kiteorg ade mase setahun lagi nak blajar sbb final exam next year. hahahaha. utk pengetahuan sume, 1st paper aku adalah ORGANIC CHEMISTRY-BIOMOLECULE (nampak x stress? hahaha) which is full with tricky questions sbb subjek ni xde reaction sgt pun. all about facts. yes facts! i hate it. apabila jadual dgn rasminye keluar n melihat OC adalah first paper, aku rase mcm alamak!!!! spoil study week aku. dah xleh nak senang lenang sbb msti akan stdy OC jek! stressed out! carry marks setakat ini kire d zon slmt sbb xsteruk OC sem lepas. lega! oh xboleh lega dulu. study harder for final. nak dpt grade bgs at least!
next paper will be advanced english which is on 4th january 2013. ok paper ni aku rase cam cuak glerrrrrrr. sbb kne wat report beb mase final. ko bayangkan buat research report pun dlm group, tp mase final buat sorg2. mane aku nak dpt idea!! spoil betol. risau! xpe relax2. usaha then tawakal. ngehngeh. lpas paper english aku xleh nak rehat pun sbb esoknye ade paper Principle of Chemical Processes 2. yang ni aku risau gak sbb carry mark aku rendah seyh. sumpah rendah. aku pun xpaham knape setiap sem ade je carry mark untuk certain subjek yg rendah. then mase stdy week la aku stdy gla2 sbb final je harapan aku. haish! aku cube yg terbaik utk PCP.
next 7th january 2013 aku ade numerical method with MATLAB. ni yg aku paling bengang sekali sbb blajar sebelum midsem bkn men heaven tekan keyboard je trus kuar jwpn. test 1 pun gune komputer. tetibe lpas cuti midsem tukar format. u have to answer the question by hand and calculate it manually! oh damn. stress aku. ini disebabkan oleh aku students 2-SKKK mempunyai komposisi lebih dari 120 org. n pusat komputer kiteorg hanya boleh menampung 120 org dlm 1 masa. again aku rase mcm 'asal tukar ke MATLAB pada asalnye? xtanye dulu kat pusat blh tampung ramai budak x?' now sape yg susah? student gak. slalu kan tahun monyet or specifically tahun 1992 menjadi tahun experiment org. I iz sad!
10 january plak aku ada differential equation. paper ni aku try nak dpt A. in shaa Allah aku boleh. xsusah sgt cume careless n xingat formula akan jd punca utama. tp aku try la nanti yg terbaik. :) next, LAST PAPER!! hahaha. fluid mechanics. yg ni carry mark mgkn ok. yg x oknye adelah final exam. sbb open book so soalan nye susah nak mati jgak. bak kate lecturer aku lah. risau beta. haish. sabar je lah n cube yg terbaek. then 15th january aku balek. fly fly fly~ :D ok ini merupakan entri aku yg terpanjang. rasenye lah. sory kalau penat bace. kalau ade yg bace. hahaha. xkesah pun lau xde sape yg bace. it's my life! :D
Friday, 21 December 2012
Monday, 17 December 2012
ChESS 2012/2013
ehem. tetibe cite pasal chess. catur ke? oh tidak. itu adalah Chemical Engineering Students' Society or Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia. and aku merupakan salah seorang drpd mereka. begini ceritanya. Annual Grand Meeting untuk semua persatuan yg ada di UTM ni sudah dijalankan. begitu juge persatuan fakulti aku. so dgn rasminye Majlis Tertinggi sesi 2011/2012 telah letak jawatan n naeklah orang baru. name aku tidak terkecuali daripada calon2 yang akan memegang tampuk kepimpinan ChESS sesi baru. hari tu pegi mengundi. dr 19calon, 13 org dipilih melalui nilai undi tertinggi dan aku merupakan salah seorang daripadanya. berikut merupakan carta organisasi kami:
Setiausaha Agung: Safirah Adam
Presiden: Norafzan Bin Hamin
Timbalan Presiden Pengurusan: Nor Atika Binti Abdul Kadir
Timbalan Presiden Teknikal: Freddie Gayut
Timbalan Presiden Pengurusan: Nor Atika Binti Abdul Kadir
Timbalan Presiden Teknikal: Freddie Gayut
Setiausaha Kerja: Nuzul Ardzan Mokhtar
Bendahari Kehormat: Hanis Syairah Sazali
Ketua Jabatan Akademik & Kerjaya: Amiruddin Mohd Tajudin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat: Mohd Eazarizal Hakimiey Yusoff
Ketua Jabatan Sukan & Integrasi: Luqman Hakim Mustapa
Ketua Jabatan Kerohanian: Azim Roslan
Ketua Jabatan Komunikasi Luar & Perantarabangsaan: Zakaria Ismail
Ketua Jabatan Seranta & Informasi: Muhammad Syamir Zakaria
Ketua Jabatan Pengurusan Dana: Nurul Shaniza Zailani
nampak tak kaler merah tu. SETIAUSAHA AGUNG. itu bermaksud untuk 2sem akan datang aku dihujani dgn kerja2 persatuan. ape yg aku harapkan aku mampu untuk menjadi profesional dan menimba byk pengalaman sepanjang mjadi SU persatuan ni. amin. wish me luck guys! :D
Friday, 7 December 2012
kesabaran.
setelah 20 tahun 7 bulan 10 hari hidup di dunia, aku xpenah jumpa laki seperti ayahku. tp akhirnya aku jumpa klon ayahku iaitu kamu ML. i will not tell you how is it happen. hanya aku yg tau. aku mtk maaf sejak 2 menjak ini sikapku menguji kesabaranmu. kau terlalu sabar dgnku. terima kasih. dan terima kasih kerana menemani aku ptg td dan sudi berjumpa dgnku kerana hatiku gundah gulana selagi tidak berjumpa denganmu. now i feel more relieved. tq. :D
Sunday, 25 November 2012
paham.
kau sgt memahami aku. di saat aku tgh mrh, sedih, happy. ko sgt paham aku. aku syg kau. syg sgt2. tiada yg lain seperti kau. iloveyou always as long as I could. M.L
Thursday, 22 November 2012
chocolate fair.
kat UTM ade chocolate fair pada 20-22 November 2012. semalam aku pegi bsama kwn2 tepat jam 10 pagi dan booth chocolate msh byk xbkak lg. SAD. :( tp mata still blinkblink tgk aneka chocolate dijual. hati rasa mls nak beli sbb menunggu org lain belikan. gedik x? HAHAHA. pastu xbeli pape. balek. tetibe petang dpt delivery. tadaaaaaaaaaa!
kite dpt coklat ni dari abg syg. :) xmintak pun tp dapat gak. ekekeke. seronoknye rase hati tp diam2 je. smpai skrg pun makan daun je sbb syg nak mkn. bkn sng tau nak dpt. hahaha. :D and he wish me gud luck for my test last night. tqtqtq. iloveyou. :D
Saturday, 3 November 2012
penat 2.
penat 2? sekali lagi ini adalah edisi luahan kepenatan yg kedua. haha. alhamdulillah sambutan hari raya kelab fotokreatif 2012 telah berakhir ptg td. tq kepada semua crew sahara yg telah menjayakan majlis ini! :D n berakhirnya sahara, maka berakhirlah mode bz aku sem ni. insyaAllah. aku xnak join pape program dah. ckuplah 2 n itu dah lebih dari ckup. :) laps ni fokus ngan stdy. mggu dpn test pcp yg kdua. need to score very high n i hope that i can do it. amin. :) gambar sahara? aku nak upload 1 gmbr comel. *ok perasan :P. hahaha. aku kne wat 3 report iaitu report hema, kelab n agm. report agm dah siap tggl report kelab n hema sbb nak tggu tentatif n gmbr dr ajk. then everything dah settle. kene wat keje dgn pantas sbb mase tu sgt penting skrg *tp sempat update blog. hahaha. i got a lot of assignments to do. *die. n skrg menghitung hari ntok balek dan anniversary aku bersama dia. :D ok tu je aku nak ckp. pye2!
![]() |
| kami memang cumel. sila setuju! :P |
Saturday, 27 October 2012
C.I.N.T.A
cinta selalunya indah
tetapi cinta xsemestinya selalu indah
sebab cinta orang sanggup bunuh diri
sebab cinta juga orang sanggup gadai harga diri
sebab cinta orang buta
sebab cinta orang sanggup berkorban apa saja
cinta yang sejati akan berakhir dengan indah
cinta monyet?
tidak tahu apa kesudahannya
jika kita mencintai seseorang kenapa perlu ada orang ketiga dalam hidupnya?
jika kita dah berjanji sehidup semati kenapa mesti ada orang ketiga?
xsayang dengan semua kenangan yang ada?
kenapa?
kenapa cinta yang mulakan segalanya?
kenapa cinta yang musnahkan segalanya?
kenapa?
sebab cinta kita bahagia
sebab cinta juga kita merana
cinta punca segalanya
hanya cinta
:'(
Subscribe to:
Posts (Atom)

